Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Gerakan anti kenaikan harga barang 7 Julai



Image may be NSFW.
Clik here to view.
KUALA LUMPUR:
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) akan melancarkan satu gerakan anti kenaikan harga barang di pasar pagi Greenwood, 7 Julai akan datang.

Ketuanya, Ustaz Nasrudin Hassan berkata pada pelancaran tersebut jawatankuasa yang ditubuhkan DPPM itu akan bertemu para pelanggan yang membeli di pasar tersebut dan mengedarkan risalah-risalah berkaitan kenaikan harga barang yang dikesan.

Pelancaran itu juga bersesuaian dengan kedatangan bulan Ramadan, yang biasanya berlaku kenaikan harga barangan yang akan membebankan pelanggan, seterusnya akan berterusan hingga ke hari perayaan.

"Risalah itu akan diedarkan yang antara lainnya mengandungi perbandingan harga barangan dari Ramadan sebelum ini. Kita juga akan berkempen berkenaan kesedaran pelanggan tentang hak-hak mereka dalam usaha menangani kenaikan harga barangan," tegas beliau pada sidang media, di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, hari ini.

Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913