Saya tidak mengenali secara mendalam mengenai dirinya dan siapa
dia. Sering juga saya konfius apakah dia wakil rakyat atau tidak, dan
selalu juga bertukar apakah dia orang PKR ataupun DAP. Yang saya tahu
dia seorang yang mudah mesra dengan sesiapa saja. Wajah familiar dalam
program-program besar Pakatan Rakyat.
Bila ada demonstrasi besar-besaran di Kuala Lumpur dia sering muncul.
Dan selalu pula terserempak dengan saya dan pernah berjalan seiringan
bersama demostran Melayu lain sama-sama melaungkan slogan mengubar
semangat untuk menjatuhkan UBN. Kadang-kadang berlari sama-sama dari
curahan water cannon oleh 'polis cis.' Dia tidak kekok berada dalam kelompok Melayu.
Sehinggalah semalam, baru saya mengenali lebih dekat sosok ini. Mengenali mengenai perjuangan dan kerajinannya dalam perjuangan. Dia yang saya maksudkan oleh Ng Swee Lim, 43 Adun Sekinchan Selangor. Ng begitulah panggil rakan-rakannya, dia merupakan wakil rakyat DAP kawasan Sekinchan. Memenangi kawasan itu dua penggal - 2004 dan 2008.
Menterjemahkan diri Ng dia seorang yang ringkas dan selamba saja. Kalau dia tidak menghulurkan kad namanya atau diberi tahu, orang tidak percaya bahawa dia wakil rakyat. Watak dan cara berbual seperti orang biasa, tidak ada belang dan rupa sebagai wakil rakyat. Wakil rakyat selalunya akan cuba seberapa boleh menunjukkan dirinya adalah wakil rakyat baik menerusi pakaian, gaya bercakap dan juga muncul di khalayak.
Begitu juga melihat kepada iklan-iklannya yang terpacak di sekitar pekan Sekinchan orang tidak menyangka dia wakil rakyat, tetapi akan menganggap dia adalah seorang petani muda yang sedang mempromosikan sawah padi di Sekinchan. Begitulah ringkasnya cara hidup Ng selaku wakil rakyat.
Read More / Baca Lagi >>
Papan iklan Ng Swee Lim, ringkas dan tidak menunjukkan lagak. |