Kumpulan yang kecil, jika ia
bermuafakat dan bersatu serta ‘organized’ akan menjadi majoriti. Maksudnya jika
sekumpulan yang kecil jika mempunyai organisasi yang baik dan lengkap ia akan
mempunyai pengaruh yang besar dalam sesebuah masyarakat atau negara. Ia akan
mampu mengalahkan dan mendahului kumpulan yang besar yang berpuak-puak dan
berpecah belah.
Dalam dunia ini kaum yahudi
merupakan kaum yang terkecil tetapi kaum ini menguasai semua bidang kehidupan
manusia dalam dunia ini. Di negara ini kaum Cina sudah menunjukkan bukti
kenyataan ini, kerana dengan penduduk yang hanya 25 peratus sahaja ia telah
menunjukkan kesepaduan mereka dan telah berjaya mempengaruhi keadaan politik
negara, lebih jelas lagi semasa PRU yang baru lalu ini..
Di sebaliknya kaum Melayu yang
melebihi 60 peratus penduduk negara ini berpecah belah dan hampir sahaja
menjadi mangsa politik perkauman yang jelas-jelasnya telah menjatuhkan kekuatan
siasah negara ini.
Negara mencapai kemerdekaannya
sudah menghampiri enam dekad dan kemajuan yang dicapai oleh negara amat pesat
dan kita perlu akui yang kaum Cina yang mempunyai hanya 25 peratus jumlah
penduduk telah memainkan peranan membangunkan negara dan menguasai sebahagian
besar ekonomi negara ini.
Bagi kaum Cina perniagaan dan
perdagangan serta industri ini sudah menjadi darah daging mereka dan kaum ini
telah melalui banyak kepayahan untuk membentuk bangsa ini untuk menjadi bangsa
yang sentiasa bekerja kuat dan membina ekonomi bangsanya sampai ketahap yang
ada pada hari ini.
Read More / Baca Lagi >>