Walaupun Mahathir dilihat menyokong agar pertandingan jawatan Presiden
dan Timbalan Presiden tidak diadakan bagi mengelakkan perpecahan dalam
UMNO, namun pendirian bekas Perdana Menteri itu masih lagi diragui.
Kenyataan beliau tidak mendapat respon yang menggalakkan daripada
pemimpin UMNO sendiri.
Kedinginan respon itu bukan saja disebabkan pemimpin UMNO sedar bahawa kehendak akar umbi adalah sebaliknya tetapi juga kerana mereka masih lagi ragu-ragu dengan kekukuhan kenyataan Mahathir itu.
Ada pemimpin UMNO yang hanya menganggap kenyataan Mahathir itu sekadar untuk menguji apa sebenarnya kehendak pemimpin bawahan dan akar umbi terhadap pertandingan jawatan tertinggi UMNO dan ada pula yang melihatnya sebagai kenyataannya untuk masa ini saja.
Mahathir, kata beberapa bekas pemimpin UMNO, bukan tidak biasa berubah-ubah pendiriannya sebelum ini.
Lagi pula, kata pemimpin UMNO yang lain, kenyataan Mahathir yang menyokong agar tiada pertandingan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO kali ini agar berlapik dengan Mahathir masih menyebut mengenai demokrasi yang sepatutnya membenarkan pertandingan dan kemungkinan pertandingan menyebabkan perpecahan serta pihak yang kalah menubuhkan parti baru.
Ini bermakna, kata pemimpin itu lagi, jika Mahathir dapat diyakinkan bahawa pertandingan tidak menyebabkan perpecahan yang serius, jauh sekali menyebabkan pihak yang kalah menubuhkan parti baru, malah semata-mata bertujuan menyuburkan demokrasi dan menyelamatkan kedudukan UMNO dalam PRU 14 nanti, pendiriannya tentu saja boleh berubah.
Pertandingan UMNO masih lama lagi dan macam-macam boleh berlaku dalam tempoh beberapa bulan ini, tidak mustahil pendirian Mahathir juga berubah, kata pemimpin itu lagi.
Read More / Baca Lagi >>