
Begitulah bunyi ayat daripada MOM yang sehari dua ini menjadi bahan
ketawa rakyat. Mengapa gelabah sangat ni? Takkan Umno gelabah kamu pun
mahu ikut sama gelabah? Kamu bukan parti politik jadi mengapa gelabah
tidak tentu pasal kecuali kamu merasakan MOM itu komponen terbaru di
dalam Bn.
Tindakan MOM ini amat memalukan sekali. Sudah tentu Menteri yang
menjaga Sukan turut terasa malu dengan tindakan 'gelabah' MOM yang tidak
bertempat ini. MOM mesti fokus dengan apa yang telah dirancang,
bukannya sibuk dengan membodek pemimpin Umno. Biarkan Umno berhadapan
dengan kami di dalam PR. Biarkan SPR tunjuk keras kepala mereka dengan
tuntutan rakyat. Perlu apanya MOM mahu terhegeh-hegeh masuk campur?
Tindakan menukar Larian Hari Olimpik yang asalnya di Dataran Merdeka,
secara tiba-tiba ditukarkan ke Padang Merbok, KL. Bukan mereka tidak
tahu bahawa Padang Merbok, KL telah dipohon oleh NGO dan PR bagi
mengadakan Himpunan Suara Rakyat pada 22 Jun ini bagi membantah penipuan
SPR ? Siapa mahu percaya MOM bertindak sedemikian bukan kerana arahan
politik?
Usahlah MOM mahu libatkan diri di dalam politik. Usahlah buat kerja
bodoh sampai ke tahap itu untuk membodek pemimpin. Apakah mereka rasa
rakyat akan berubah fikiran untuk tidak ke Padang Merbok, KL pada 22 Jun
ini hanya kerana kerja bodoh seperti itu? Hakikatnya rakyat akan
bertambah semangat pula untuk ke sana dan jika tiada tempat di sana,
rakyat mungkin akan mengambil alih Dataran Merdeka tempat yang MOM
tinggalkan.