
Saga SV
ditawarkan dalam enam variasi warna iaitu Solid White, Elegant Brown,
Tranquility Black, Fire Red (warna Saga 1.6 SE), Genetic Silver dan
warna terbaru Blue Rock. Ia dikuasakan dengan enjin 1.3 litre CamPro
IAFM, iaitu juga disertakan dengan pengesan dibahagian belakang dan rim
13-inci.
Proton
buat gempak dengan baner mereka dengan kadar bayaran RM250 sebulan.
Itulah yang cuba dipertikaikan. Adakah RM250 sebulan yang benar-benar
RM250 sebulan sepanjang tempoh pinjaman. Pembeli diminta tanya apakah
maksud tanda bintang pada harga tersebut dan cuba darab RM250 x 9
tahun=??
Cuba kita kirakan….

Harga kereta, RM33, 888.00. Bayaran deposit untuk pembelian kereta biasanya 10% iaitu RM3388.00. Baki adalah sebanyak RM30 500.
RM30 500
akan dipinjam dengan kadar faedah sebanyak 2.85 setahun [anggaran -
maklumat salesman]. Faedah untuk 9 tahun [jumlah tahun paling lama
dibenarkan Bank Negara] adalah sebanyak RM7823.25 dan bayaran bulanan
untuk 9 tahun [pinjaman + faedah] ialah sebanyak RM354.85
Jadi
Proton dah bagi gempak dengan RM250 sebulan. Gempak Proton menjadi untuk
mengelirukan pembeli. Betullah RM250 tetapi mungkin hanya untuk tahun
pertama atau hingga tahun kedua, selepas itu bayaran bertambah lagi
banyak.