Berikut
adalah transkrip ucapan Husam Musa yang sedang panas diperkatakan.
Harap segala kekeliruan akibat percayakan berita yang di spin oleh akhbar musuh kita, berlanjutan lagi.
Hanya mereka yang tergigit cili sahaja yg terasa pedasnya. Aku
dah dengar klip video kat bawah tu berulangkali kerana nak salin
kata-katanya untuk memudahkan korang mengikuti ucapannya sebiji, sebiji.
Sambil baca transkripnya , korang onlah klip video tu…. Aku sokong kenyataan Husam Musa serbagaimana berikut :
0:12 ~ As salamu ‘alaikum warahmatullahi, wabarakatuhu … (Ucapan alu-aluan…. )
0:53 ~ Saya terlebih dahulu mengucapkan terima kasih kpd pihak polis
yg telah memberikan kita permit untuk berhimpun pda malam ini. Maknanya
perhimpunan kita, BLACKOUT 505 adalah perhimpunan aman. Kita bukan
berhimpun hendak menggulingkan kerajaan.Tapi kalau kerajan lemah sabgat ,
dia terguling dengan sendiri , Alhamdulillah; tak ada masalah!
0:18 ~ Sebab apa kita berhimpun? Pada pendapat saya ada dua sebab
utama. Pertama adalah meraikan kekecewaan orang ramai terhadap
perjalanan pilihanraya . Yang kecewa adalah rakyat jelata. Kenapa mereka
kecewa? Mereka seratus peratus yakin Pakatan Rakyat harus atau telah
memenangi Pilihanraya yang ke-13 dan mentadbir Putrajaya.
2:02 ~ Kenapa kita kalah? Dari segi undi, undi kita lebih besar dari
undi Barisan Nasional. Kenapa kita tidak boleh mentadbir Putrajaya?
Kerana penipuan pilihanraya! Jadi yang kecewa adalah rakyat jelata.
Mereka kecewa kerana Pakatan Rakyat, PAS, DAP , PKR tidak boleh
membentuk kerajaan bagi membawa Malaysia yang lebih baik.
2:28 ~ Bila mereka kecewa, apa salahnya kita meraikan kekecewaan
mereka dengan berhimpun beramai-ramai dan memberikan ucapan dan
berhimpun bersama. Kalau
ada mana-mana pemimpin kita bawa bawa suara sumbang, nak berhimpun
macam ini pun tak boleh, saya yakin dan percaya, orang ini bawa suara
Umno dalam PAS, dalam PKR, dalam DAP!
2:53 ~ Malam ini saya nak cakap berterus terang. Berterus terang dgn
semua pimpinan kita. Saya ucapkan tahniah kepada kerajaan Kelantan,
kepada rakyat Kelantan yang berhimpaun pada malam ini. Walaupun kita
antara negeri yg terakhir berhimpun, kita tidak ketinggalan dalam
kebangkitan arus anak muda dan kekecewaan masyarakat pelbagai kaum
seluruh negara untuk menyatakan bersama-sama pendirian kita ~ Penipuan
pilihanra telah berlaku dalam PRU yg ke- 13!
Read More / Baca Lagi >>