
Maka amatlah menyedihkan jika
didapati seorang pemimpin parti menganggap seorang ahli parti biasa
tidak
penting atau istilah yag popular terbentuk sehari dua ini sebagai
‘unimportant’. Menganggap sesorang ahli biasa dalam parti sebagai
‘unimportant’
itu adalah terlalu ‘uncalled for’. Ia memberi pengertian yang semua ahli
biasa tidak penting bagi orang yang mengeluarkan kenyataan itu. Ia
bemakna hanya seorang dua pemimpin sahaja yang penting dalam parti itu.
Tetapi ini adalah sikap biasa
dalam politik dunia ketiga kerana pemimpin
itu jarang-jarang sedar yang mereka dibesarkan dan diangkat oleh
ahli-ahli biasa terutamanya parti yang melaksanakan sistem demokrasi. Walaupun
ahli-ahli biasa itu kadangkala bertindak mengikut apa yang dicaturkan oleh
pemimpin mereka secara sistematik, yang pentingnya ahli biasa itu adalah
penting dalam sesebuah parti yang demokratik.
Ramai pemimpin terlupa yang
mereka bukannya menjadi orang besar dengan sendirinya seperti Tuhan yang
terdiri dan wujud dengan sendirinya. Mereka menjadi pemimpin bukan terjadi
begitu sahaja. Ahli-ahli biasa inilah yang membuatkan mereka itu menjadi
pemimpin.
Saya menyebut ini kerana saya telah
mengalami isu ini dalam sehari dua yang lepas kerana ada pemimpin besar parti
yang saya anggotai menganggap saya itu ‘unimportant’ kerana saya hanyalah
seorang ahli biasa. Justeru saya tulislah sedikit tentang isu ini kerana ia
amat penting bagi mengingatkan pemimpin yang sedang berada di ‘aras yang tinggi’
dalam parti itu supaya tidak menjadi angkuh.
Read More / Baca Lagi >>