Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Tipu PRU: Abdul Aziz tak perlu cemas dengan tindakan S'gor

$
0
0
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia menasihatkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof agar tidak perlu merasa cemas dengan cadangan kerajaan Selangor yang mahu menubuhkan Suruhanjaya bagi menyiasat penipuan pilihan raya di negeri itu pada pilihanraya umum ke 13 (PRU13) yang lepas.

Setiausahanya Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, reaksi segera Abdul Aziz yang membayangkan kurang bersetuju dengan tindakan Selangor untuk menyelongkar segala penipuan PRU13 itu memperlihatkan seperti ada yang tidak kena.

"Tan Sri Abdul Aziz tidak perlu merasa cemas dan risau dengan pengumuman Tan Sri Khalid, sebaliknya beliau patut memberikan pujian kerana kerajaan Selangor berusaha mencari penyelesaian terbaik dengan mencari punca penipuan yang berlaku.

"Sebagai sebuah badan yang menguruskan pilihan raya secara profesional, SPR telah melaksanakan tugas semasa PRU ke 13 dan kini serahkan sahaja kesemua persoalan itu kepada rakyat untuk membuktikan dakwaan dan beliau tidak perlu mempertahankan dirinya yang menjadi tuduhan," katanya dalam satu kenyataan.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913