DEWAN Pemuda Pas Negeri Kelantan menyelar kenyataan
yang dikeluarkan oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin
yang mendakwa Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai
‘bermulut celupar’ kerana mengatakan bahawa orang Melayu yang menyokong
Umno adalah mungkar. Kenyataan Muhyiddin tersebut disiarkan oleh
beberapa akhbar termasuk Berita Harian dan Sinar Harian hari ini 23 Disember 2012.
Dewan Pemuda Pas Negeri Kelantan melihat kenyataan terbaru Muhyddin ini sebagai satu kenyataan yang melampau dan tidak berasas. Ia dihamburkan semata-mata untuk mengalih perhatian daripada isu sebenar yang dilontarkan oleh Menteri Besar Kelantan itu.
Apa yang patut difahami oleh Muhyiddin ialah kenyataan Nik Abdul Aziz bermaksud perjuangan Umno yang berterusan menentang Pas khususnya di Kelantan dan berusaha menjatuhkan kerajaan Kelantan yang jelas melaksanakan dasar-dasar pentadbiran Islam adalah satu perbuatan yang mungkar. Ini kerana jika Pas diganti dengan Umno di Kelantan, sudah pasti dasar-dasar mesra syariat yang diperkenalkan di Kelantan akan dirombak semula dan Kelantan akan kembali ditadbir sebagaimana negeri-negeri lain di bawah pentadbiran Umno/Barisan Nasional.
Read More / Baca Lagi >>