Edy Noor Reduan
Cadangan pihak polis untuk meminta bantuan tentera bagi menghadapi kemaraan rakyat pada himpunan kemuncak Black505 cuba dilihat sebagai satu ugutan serius. Namun SAMM berpandangan sebaliknya setelah menghalusi polemik terbaru caturan regim pemerintah.Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) percaya cadangan dari Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Seri Salleh Mat Rasid bukan sahaja satu usaha untuk menakutkan rakyat, tetapi juga kerana kedudukan pihak polis hari ini yang tidak lagi mendapat kepercayaan dan kepedulian daripada rakyat.
Satu demi satu arahan polis dilanggar oleh rakyat kerana rakyat percaya arahan polis ini dilontarkan oleh mereka yang mendirikan sebuah kerajaan hasil dari penipuan pilihanraya. Buktinya, di Kelana Jaya ratusan ribu hadir walaupun diancam oleh pihak polis. Situasi sama juga berlaku di hampir seluruh negara apabila bermacam arahan polis untuk mengagalkan himpunan Black505 dilanggar oleh rakyat.
Juga, satu demi satu tindakan pihak polis dalam mengekang kebangkitan rakyat membuktikan pihak polis lebih mengutamakan 'kedudukan' kerajaan 46-peratus Barisan Nasional berbanding keselamatan dan aspirasi rakyat. Bermula dengan penangkapan beberapa pimpinan parti dan aktivis ketika menjelang perhimpunan aman #SuaraRakyat505 di Amcorp Mall 25 Mei lalu, kemudian sekali lagi pihak polis hilang pertimbangan apabila menangkap anak muda yang melakukan aksi spontan 'flashmob' di depan Sogo baru-baru ini.
Dalam perkembangan sama, pihak polis juga muncul dengan begitu ramai anggota mengepung lokasi flashmob seluruh negara memperlihatkan betapa paniknya regim terhadap gerakan mobilisasi ke arah 22 Jun. Harus diingat, peserta flashmob tidak melakukan apa-apa kesalahan, hanya 'mencuri' perhatian dengan aksi spontan dan ia bukan satu jenayah.
Read More / Baca Lagi >>