Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

SPR: 'Kami tak akan berganjak'

$
0
0
SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan pihaknya sama sekali tidak akan berganjak dengan desakan pembangkang dan peserta Black505 supaya berundur.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, tuntutan mereka jelas melanggar peruntukan di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Menurutnya, PR tidak perlu mengheret rakyat bagi menjayakan rancangan politik khususnya berhubung tuntutan supaya pegawai tertinggi SPR letak jawatan.

"SPR tak akan tunduk dengan tuntutan yang tak masuk akal itu.

"Kita tak akan berganjak. Tak perlu nak teruskan perhimpunan yang menyusahkan rakyat dan pihak lain kerana SPR tetap dengan pendirian sebelum ini.

"Tak akan ada perubahan, atau mereka ini sengaja mahu menyusahkan penguatkuasa, orang ramai dan untuk memalukan negara?," katanya kepada Sinar Harian Online.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913