ALOR SETAR 8 DIS: Pakatan Rakyat tidak akan sesekali mengorbankan hak
orang Melayu-Islam, bahkan martabat itu akan diangkat lebih tinggi
daripada sepanjang Umno memerintah, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri
Anwar Ibrahim.
“Tak mungkin KEADILAN dan PAS akan nafi majoriti hak orang Melayu apabila menguasai pemerintahan Kerajaan Persekutuan. Begitu juga DAP.
“Kita tidak akan korbankan martabat Islam dan Melayu. Kedudukan ini akan didaulatkan lebih tinggi dari Umno BN semasa mereka memerintah negara selama 56 tahun,” katanya.
Beliau berkata demikian depan lebih 20,000 hadirin yang membanjiri Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat Kedah di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, Alor Setar 7 Disember lalu.
Anwar berkata tiada guna slogan Ketuanan Melayu diheboh sedangkan orang Melayu masih miskin dan tidak terbela sekalipun negara sudah mencapai kemerdekaan begitu lama.
Beliau yakin pemimpin Pakatan memiliki berpengalaman dan kelayakan untuk menerajui Kabinet demi memberi pembelaan kepada orang Melayu.
Read More / Baca Lagi >>