Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Pendokong UMNO tolong jawab ni?

$
0
0
Kepada pendokong UMNO dari kalangan pemimpin,ulamak muda dan tua,pencacai,pengendali media,kroni,NGO dan lain lain kelompok, penulis ada beberapa persoalan yang penulis kutip dari pembacaan, interaksi penulis dengan beberapa golongan pendokong UMNO(terutama pencacai) di FB dan dari apa yang penulis dengar di radio dan TV kawalan UMNO.

Soalan soalan yang ingin penulis tanya ini merupakan soalan soalan berkaitan pengertian Islam sebagaimana sudah termaktub dalam pengajian pengajian Islam yang disampaikan oleh para ulamak muktabar dalam mazhab ahli sunnah wal jamaah. Soalan 1a:

Apa makna KAFIR?tolong huraikan makna kafir seperti mana terdapat dalam Al Quran dan Hadis Hadis Baginda Nabi serta nyatakan kitab kitab rujukan yang menghuraikan makna kafir. 

Soalan 1b:
Seterusnya tolong huraikan makna KAFIR harbi DAN kafir zimmi, ciri cirinya dan tindakan yang patut diambil oleh umat Islam terutama pemerintah terhadap kedua dua jenis kafir ini.

Soalan 2a:
Apa makna kufur nikmat?Adakah ianya merujuk kepada orang orang yang tidak menerima JALUR GEMILANG dan mengatakan ianya perlu ditukar? 

Soalan 2b: 
Apa pula makna syukur nikmat?Apakah ianya bermakna mesti mentaati pemerintahan UMNO sementara orang orang yang menolak UMNO itu mesti keluar  dari bumi Malaysia?Apakah bersyukur itu tidak termasuk penyerahan diri secara total kepada ALLAH dengan berusaha melaksanakan semua perintahnya termasuk hudud dan mencegah kemungkaran? cukup sekadar mengundi UMNO dalam PRU dan membiarkan UMNO buat apa saja yang mereka suka?

Soalan 3:
Apakah  keamanan dan kesejahteraan yang dikecapi sekarang merupakan hasil usaha UMNO dengan kerjasama MCA dan MIC?Atas dasar dan alasan apakah ALLAH menganugerahkan keamanan dan kesejahteraa kepada Malaysia berdasarkan apa yang telah dijelaskan oleh ALLAH dalam Al Quran dan Al Hadis?Adakah ianya kerana UMNO?Atau kerana adanya orang orang yang dimakbulkan doanya di bumi Malaysia  yang sentiasa berdoa demi keamanan dan kesejahteraan Malaysia?  

Soalan 4a:
Apakah rasuah, berlaku zalim serta menyebarkan kepalsuan itu dibenarkan oleh ugama dan tidak perlu ditentang malah mesti dituruti oleh semua umat? 

Soalan 4b:
Atau berikan bukti fakta bukan auta bahawa UMNO tidak rasuah, tidak zalim dan tidak pernah berbohong.

Soalan 5:
Adakah Kewajiban melaksanakan hukum Islam bukan tugas UMNO dan usaha PAS untuk melaksanakanya pula perlu diperlekehkan kerana berkerjasama dengan DAP?

Soalan 6:
Berikan dalil bahawa cuma UMNO yang diutuskan ALLAH untuk membela melayu?Jadi sesiapa yang menolak UMNO dan memilih PAS atau PKR atau DAP adalah pengkianat dan tempatnya nanti di neraka ALLAH!

Soalan 7:
Berikan nas dan dalil Al Quran dan Al hadis bahawa PAS adalah parti sesat dan yang benar cuma UMNO.
Demikianlah beberapa soalan yang penulis lontarkan untuk dijawab oleh mana mana orang UMNO.Silakan........

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913