
Walaupun umumnya rakyat Malaysia kurang faham atau memandang serong terhadap tindakan mereka, peserta perkhemahan itu merasakan perjuangan mereka akan akhirnya mendatangkan kebaikan kepada masyarakat umum.
Ini kerana proses pilihanraya yang terencat dan lemah tidak akan mengambarkan suara rakyat yang sebenar dan akhirnya merampas kuasa individu untuk menentukan halatuju negara.
Buktinya seperti diperkatakan oleh Pakatan Rakyat sebelum ini. Walaupun gagasan itu menang 51 peratus daripada keselurahan undi PRU-13, ia tidak dapat membentuk kerajaan persekutuan.
“Kalau rakyat tidak mahu ambil tindakan sekarang. Kita bakal terus bersusah payah lagi biarlah sampai 100 kali pilihan raya lagi sekalipun,” kata aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim ketika di temui kawasan perkhemahan itu di Padang Merbok.
Sejurus selesai himpunan #Black505 semalam, aktivis anak muda daripada pelbagai latar belakang mendirikan kira-kira 50 khemah di padang itu.
Usaha itu bagi mendesak Kerajaan Persekutuan Umno-BN mengambil serius tuntutan beberapa NGO dan Pakatan sebelum ini untuk menangani penyelewengan PRU-13.
Read More / Baca Lagi >>