Oleh Ridzwan Abu Bakar
23.6.2002, adalah hari yang duka bagi para pendokong gerakan Islam di Malaysia, apabila dimaklumkan bahawa YB Ustaz Hj Fadzil bin Mohd Noor di
panggil
balik bertemu dengan Allah SWT di HUKM, Kuala Lumpur setelah hampir 2
minggu berada di katil menerima rawatan di HUKM, Kuala Lumpur.
Dua minggu sebelum itu, di Muktamar PAS yang diadakan di Dewan PUTIK Kota Bharu, ketika mengucapkan Terima Kasih bagi pihak perwakilan kepada YB Ustaz Hj Fadzil Mohd Noor atas ucapan dasar yang disampaikan,
Ustaz (sekarang Dato’) Hj Abu Kassim Abdullah selaku pengerusi tetap
Muktamar telah membaca sepotong hadith yang mafhumnya ganjaran kepada
mereka yang menghabiskan masa, tenaga dan harta untuk perjuangan Islam,
akan dikatakan kepada mereka pada saat dikebumikan “Tidurlah bagaikan
malam pengantin”, (hampir dalam setiap kali Muktmar Ust Abu Kassim akan
baca hadith ini diselangi dengan pantun-pantun yang meniupkan
semangat, yang antaranya “berakit-rakit ke hulu, berenag-renang ke
tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemduan” dan
pantun-pantun memperkenalkan AJK Pas Pusat).
Para pejuang hanya akan berehat dan punya masa untuk beradu dengan tenang apabila mereka mati, Dr Ammar bin Fadzil – anak Al Marhum UFN – dalam ucapannya sebelum sembahyang jenazah telah menyatakan “Inilah – 2 minggu – masa yang dapat kami habiskan sepenuhnya bersama Baba”, demikianlah Pejuang – Ulama’ - Pemikir – Ahli Politik yang telah mula memberi azam dan himmahnya untuk bersama dengan para pejuang lain bagi memenangkan Islam di tanah air pada hari pertama beliau menjejaki kaki di Malaysia setelah beberapa ketika berada di lapangan jihad keilmuan di “kiblat” ilmu ummat ini di Al Azhar, Mesir.
Read More / Baca Lagi >>