Tanah di Selangor :
Sebelum ini, DAP ada membuat pendedahan tanah yang dikatakan milik Umno
Puchong gagal membayar cukai selama dua tahun berturut-turut ke atas
tanah itu. Tanah-tanah tersebut merupakan sebahagian daripada 24 keping
tanah yang diperolehi Barisan Nasional dengan harga murah semasa
pentadbiran mereka sebelum tumbang pada Mac 2008. Itu kata Hannah Yeoh,
ADUN Subang jaya….
Dakwaan DAP : Isu Tanah di Selangor & Tunggakan Cukai Taksiran
- Tanah dengan nombor lot 0073899 dan 0073900 itu mempunyai bayaran cukai tertunggak sebanyak RM26,935.50 dan RM110,869.20
- Kedua-dua cukai taksiran mencecah hampir RM150 ribu
- Tanah itu merupakan sebahagian daripada 24 keping tanah yang diperolehi BN dengan harga murah sewaktu pentadbiran mereka di Selangor dengan harga RM1 sekaki persegi
- MCA dan Gerakan turut memiliki sekeping tanah dalam daerah Puchong. Tanah yang nombor lot PT29095 terletak di Pekan Kinrara yang didakwa didaftarkan di atas nama Gerakan manakala tanah yang didakwa milik di MCA itu didaftarkan atas nama MCA cawangan Batu dan terletak di Pekan Pucung Jaya dengan nombor lot PT235.
RM1 kaki persegi? Rakyat Selangor pun
tidak mendapat menikmati keistimewaan sebegitu rupa untuk memiliki tanah
di negara sendiri. Tetapi andaikata, tanah tersebut digunakan untuk
tujuan kebajikan contoh pusat kemasyarakatan tiada masalah. Tetapi jika
untuk pembinaan kondominium contohnya atau lain-lain yang tidak
berkaitan dengan rakyat.
Bukan tugas kami untuk menentukan siapa
yang salah, siapa yang betul. Undang-undang tetap undang. Jikalau mereka
menyalahgunakan tanah tersebut dan tidak mengikut prosedur yang betul,
diharapkan tanah tersebut perlu dirampas kembali di bawah Kanun Tanah
Negara. Siapa yang bersalah, perlu diberikan hukuman sebagai pengajaran
kepada semua…