Di saat kebanyakan rakyat sibuk menghabiskan cuti bersama keluarga hujung tahun ini, rupanya ada juga yang tak senang duduk memikirkan apakah kuasa masih boleh disambung paling kuat sepenggal lagi.
Itulah yang terjadi kepada perdana menteri, Najib Altantuya yang nampaknya terpaksa 'menghabiskan cuti hujung tahunnya' sekali lagi ke Sabah dalam apa yang disifatkan sebagai misi antara hidup dan mati Barisan Nasional (BN) terutamanya mempertahankan seberapa banyak kerusi parlimen dari jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.
Untuk makluman, kunjungan kali ini adalah yang ketujuh kali untuk tahun ini sahaja, sekaligus mencatat rekod sebagai perdana menteri paling kerap melawat negeri di bawah bayu itu dalam tempoh setahun, dan turut mencatat sejarah sebagai perdana menteri paling takut kehilangan negeri ini dan dalam masa yang sama, masih belum memperolehi mandatnya sendiri sebagai perdana menteri.
Najib Altantuya dijangka terbang ke negeri ini pada 28 Disember setelah baru seminggu mengadakan lawatan ke Sandakan bagi merasmikan mesyuarat agung tahunan Parti Liberal Demokratik (LDP) yang diketuai Liew Vui Keong yang juga ahli parlimen Sandakan serta sesi bertemu pengundi di beberapa kawasan parlimen di negeri ini.