Kegembiraan jelas terpancar di wajah 961 penduduk asal Bukit Botak ,
Selayang, di sini, apabila menerima surat tawaran memiliki rumah
berkembar yang dibangunkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor
(PKNS) yang dijangka siap pada Mac 2013.
Penantian hampir 30 tahun untuk memiliki rumah yang selesa akhirnya menjadi kenyataan kepada suri rumah sepenuh masa, Rajiaah Omar, 73.
“Saya penduduk setinggan di kawasan ini, saya amat bersyukur kepada kerajaan negeri Selangor dan PKNS kerana merialisasikan impian saya untuk memiliki rumah ini.
“Saya tidak pernah menjangka pada umur saya ketika ini, akhirnya saya dapat memiliki rumah yang cantik dan selesa,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Tawaran Rasmi Rumah Berkembar Bukit Botak, Selayang, baru-baru ini.
Pesara kerajaan, Khamisan Mastam, 70, yang juga merupakan penduduk asal penempatan setinggan di sini, menyifatkan PKNS sebagai pemaju yang bertanggungjawab kerana berjaya menyelesaikan isu penempatan semula setinggan Bukit Botak.
Read More / Baca Lagi >>