Bahang pilihan raya umum ke-13 kian terasa tatkala hayat pemerintahan BN
akan berakhir pada awal tahun hadapan. Tatkala Perdana Menteri masih
teragak-agak untuk membubarkan parlimen, BN masih tercari-cari rentak untuk terus mengekalkan popularitinya di kalangan rakyat.
Nampaknya umpan-umpan material yang ditawarkan dalam Bajet 2013 gagal mempengaruhi majoriti rakyat. Hasil kaji selidik menunjukkan populariti Perdana Menteri hanya melonjak 1 peratus sahaja selepas Bajet 2013 dibentangkan di Parlimen. Di masa yang sama, isu-isu baru membabitkan teraju pimpinan BN timbul satu demi satu.
Komen-komen pedas bekas pegawai tinggi kerajaan terhadap kepincangan pentadbiran kerajaan BN di peringkat pusat juga tidak membantu meningkatkan imej BN. Di masa yang sama serangan demi serangan yang dihadapkan kepada kerajaan-kerajaan negeri diterajui Pakatan Rakyat semakin tumpul apabila laporan Ketua Audit Negara 2011 menunjukkan prestasi kerajaan negeri Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah dalam pelbagai aspek lebih baik berbanding negeri-negeri yang ditadbir BN.
Read More / Baca Lagi >>