Umno Selangor mengaku rakyat
sudah pun menghukum mereka dalam PRU ke-12 yang lalu, “Jangan
ungkit isu lampau, rakyat dah hukum
kami”, kata mereka. Tetapi apa
yang Umno mahu disebalik pengakuan itu?
Umno mahu rakyat memaafkan mereka? dan memberi mereka memegang kuasa
sekali lagi? Oh, tidak! tidak semudah itu! Rakyat Selangor tidak mudah diperdaya! Dosa 55 tahun takkan boleh ditebus dalam
setahun dua.
Mengaku menerima kekalahan setelah kalah dalam pertarungan, budak sekolah rendah pun boleh buat. Tetapi sanggupkah
Umno membuat pengakuan untuk memperjelaskan kepada seluruh orang Melayu apa
dosa dan pengkhianatan yang telah mereka lakukan keatas orang Melayu selama
ini? Sanggupkah Umno? Pengakuan secara
umum seperti yang dibuat oleh Najib, Noh Omar dan penyelaras BN Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamad serta segelintir
pemimpin Umno Selangor itu tak boleh pakai ! Pengakuan begitu hanya sesuai untuk didengar
oleh budak-budak tadika saja.