KUALA
LUMPUR, 25 DIS: Seluruh rakyat Malaysia dipelawa menyertai Himpunan
Kebangkitan Rakyat (HKR) yang akan diadakan secara aman di Stadium
Merdeka mulai jam 2 hingga 5 petang, 12 Januari 2013..
Perhimpunan yang mensasarkan kehadiran sejuta rakyat itu bertujuan mendesak kerajaan memenuhi beberapa tuntutan antaranya lapan tuntutan BERSIH, menghentikan pemusnahan dan pencemaran alam sekitar, membebaskan tahanan ISA, menyediakan pendidikan percuma, menyelamatkan Felda dan menuntut agar royalti petroleum dibayar kepada Kerajaan Negeri Kelantan.
Pengarah HKR, Mohamad Sabu berkata, perhimpunan anjuran NGO dan parti politik itu akan diadakan di stadium sejajar dengan saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri yang mahu rakyat berhimpun di stadium jika ingin menyatakan sebarang tuntutan terhadap kerajaan.
“Sesiapa saja yang marah dengan kerajaan dijemput melepaskan kemarahan mereka secara aman dan demokratik, seperti yang diamalkan di seluruh dunia,” katanya pada sidang media di KLSCAH, baru-baru ini.
Menurut beliau, permohonan untuk menggunakan stadium berkenaan sudah dibuat.
“Saya yakin melalui himpunan sebelum ini, akan berlaku kerjasama yang baik di semua jabatan termasuk pihak polis untuk menjaga keamanan,” jelasnya.