Oleh Dr.Haji Khairuddin Dato' Abd. Malik
Sidang Dewan Undangan Negeri Perak yang terakhir untuk sessi selepas pilihanraya umum ke 12 telah berlangsung selama lima hari (17 Disember hingga 21 Disember 2012).Sidang tersebut telah mencetuskan banyak pertelingkahan antara wakil-wakil rakyat UMNO dan Pakatan Rakyat (PR).Bahkan kedua-dua pihak, Kerajaan Mahkamah Perak yang diketuai oleh Dr Zambry dan PR yang diketuai oleh Ir Nizar Jamaluddin telah membentangkan belanjawan masing-masing untuk membuktikan siapa yang lebih berwibawa mentadbir Perak.
Penulis sendiri terlibat dalam perbincangan persiapan belanjawan PR Perak yang mampu memberikan banyak manafaat kepada rakyat Perak.Belanjawan PR adalah seimbang manakala belanjawan UMNO kekal defisit.Mungkin ramai yang bertanya, realistikkah belanjawan PR Perak? Pokoknya ramai orang tidak mengetahui bahawa Perak adalah negeri yang sangat kaya jika kerajaannya lebih bijak, cekap dan bebas rasuah.Inilah kegagalan UMNO sejak zaman Ramli Ngah Talib hingga sekarang.
Kerajaan Perak melalui GLC-GLC miliknya pernah memiliki ratusan ribu ladang kelapa sawit, kilang simen dan keuntungan puluhan juta ringgit oleh Lembaga Air Perak (LAP). Kini sebahagian besar asset rakyat Perak tersebut telah tergadai kepada saudagar-saudagar kapitalis yang licik memanafaatkan kecuaian dan kedunguan pemimpin-pemimpin UMNO Perak.Antara lain hanya LAP dan Perbadanan Pertanian (PPNP) sahaja yang masih selamat dan mengisi dana negeri.
Read More / Baca Lagi >>