Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

351 peneroka saman Felda, tuntut RM200 juta

$
0
0
Felda Palm Industries didakwa berniat jahat dan sengaja menurunkan KPG sehingga enam peratus bertentangan dengan kadar sepatutnya.

PETALING JAYA: Seramai 351 peneroka Felda Mempaga 1, 2, dan 3 serta Felda Bukit Damar, Pahang hari ini memfailkan saman menuntut ganti rugi keseluruhan kira-kira RM200 juta terhadap Felda kerana menipu kadar perahan gred (KPG) sawit.
Saman difailkan melalui Tetuan Daim dan Gamany di Mahkamah Tinggi Temerloh, Pahang pagi tadi menamakan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) sebagai defendan pertama dan Felda Palm Industries Sdn Bhd sebagai defendan kedua.
Plaintif dalam writ saman antara lain mendakwa, Felda Palm Industries berniat jahat dan sengaja menurunkan KPG sehingga enam peratus bertentangan dengan kadar sepatutnya dengan tujuan untuk menurunkan harga setiap tan buah sawit.
Peneroka terbabit turut mendakwa wujud konspirasi antara defendan pertama dan kedua menyalahgunakan kaedah penggredan untuk memastikan KPG diturunkan, selain menjual buah sawit dibawah KPG yang sepatutnya tanpa pengetahuan plaintif.
Disebabkan itu, plaintif mendakwa setiap mereka mengalami kerugian sebanyak  RM30,912 pada tahun 2008.
Manakala bagi buah yang ditahan tapi tak dilupuskan, setiap peneroka telah kehilangan pendapatan sebanyak RM1345.63 (RM560.08 setan).
“Kerugian kesemua plaintif untuk tahun 2008 lebih kurang RM11.322 juta,” writ saman itu menyebut.
Ganti rugi
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913