KUALA LUMPUR 26 Dis: Poskad ‘Tanya Rosmah’ kini diterjemah ke dalam
Bahasa Mandarin dan akan diedar ke seluruh negara, kata Ketua Penerangan
Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Lee Khai Loon.
“Sambutan kempen poskad sehingga sekarang sangat menggalakkan. Orang ramai bukan sahaja tanda tangan dengan nama sendiri atas poskad. Malah mereka faham dengan isu dari tiga soalan yang ditanyakan, dan mereka menambah sendiri soalan untuk dijawab Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri.
“Ketika edaran dibuat, ramai yang tahu tentang kempen AMK ini. Mereka ketawa dengan cara kreatif ini,” kata Khai Loon kepada Keadilan Daily.
Tambahnya, beliau bersama AMK Pulau Pinang turut berkempen dan mengedarkan poskad tersebut di atas Bukit Mertajam, dekat Cheruk To’ Kun sambil membawa replika poskad, Ahad lalu.
“Ia juga peluang kita berjumpa masyarakat sambil mengedar risalah ’100 Hari Janji Pakatan Rakyat’ dan mengajak orang ramai turun ke Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka 12 Januari depan,” katanya.
Dalam pada itu, Khai Loon memberitahu, setiap AMK Cabang dan Negeri telah dihantar kit maklumat kempen edaran poskad ‘Tanya Rosmah’.
Read More / Baca Lagi >>