Samada negara itu kekal sebagai
sebuah negara yang aman dan sentosa buat selama-lamanya, bergantung kepada
rakyatnya. Rakyat lah yang boleh membina dan rakyat jugalah yang boleh
memusnahkannya. Setiap negara, apatah lagi negara yang majmuk seperti Malaysia
ini, perpaduan semua kaum itu adalah ‘ultimate’ dan jika kurang dari itu ia
tidaklah sebuah negara yang aman untuk di diami.
Rakyat semua kaum tidak boleh
menyalahkan di antara satu dengan lain kerana kewujudan kaum yang berbilang itu
adalah kewujudan ciptaan Tuhan yang Maha Esa.. Menyalahkan keadaan itu
serupalah menyalahkan Tuhan yang Maha Pencipta. Bukankah kita di cegah dari
mengeluh dan murung dengan kejadian Tuhan ini?
Jika kita akui hakikat ketuhanan
ini, maka kita wajar berusaha untuk mengenali rakyat senegara yang terdiri
dari semua kaum ini dan berusaha untuk menghormati dan hidup bersama-sama
dengan aman dan berbaik sangka di antara satu dengan lain. Maka perjuangan
untuk bersama-sama hidup dengan aman damai di antara kaum itu merupakan ibadah
yang amat besar nilainya di sisi agama dan Tuhan.
Usaha ini bukannya usaha yang
mudah kerana politik perkauman yang di jaja oleh setengah pihak menyebabkan
tidak dapat tidak kita terpaksa akui yang rakyat masih menyebelahi satu-satu
tindakan politik berdasarkan perkauman. Walaupun pada zahiriahnya pimpinan UMNO
bercakap lantang tentang perpaduan kaum tetapi bagi pengikut-pengikutnya ia
tetap bermain dengan isu perkauman. Tindakan saya menyertai DAP awal tahun ini
telah menyebabkan banyak komen-komen dari ahli-ahli UMNO dalam blog saya
membidas saya kerana mereka tidak suka saya bersama DAP kerana DAP itu kata
mereka adalah parti Cina.
Read More / Baca Lagi >>