Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

MB kecewa Pusat lambat bina tebatan banjir

$
0
0
RANTAU PANJANG: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, melahirkan rasa dukacita di atas kelewatan kerajaan Pusat membina tebatan banjir yang telah dirancang sejak sekian lama.
Menurutnya, walaupun berulang kali perkara itu dipohon, namun pembinaannya masih tidak dilakukan hingga hari ini.

Beliau berkata demikian kepada media selepas melawat mangsa-mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Kedai Tanjung, dekat sini petang semalam.

Katanya, akibat kelewatan berkenaan rakyat menanggung  sengsara kerana terpaksa berpindah apabila musim banjir tiba.

Jelasnya, jumlah hujan yang lebat bukan sahaja sungai tidak mampu menampung jumlah air yang banyak, sebaliknya tebatan yang telah dibina di Sungai Golok menyebabkan air dari sebelah sana mengalir masuk ke jajahan ini.

Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913