Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Lobang Ameno di Felda terburai...

$
0
0
INGATKAH WARGA FELDA...
SIAPA YANG MEMUNGUT BIJI SAWIT @ KUTIP GETAH SEKERAP DI LADANG AYAH KITA DULU-DULU TAPI TIADA UPAH DARI MAJIKAN PUN, DAN KINI LADANG ITU AKAN DI KONGSIKAN DENGAN ORANG BANGSAWAN YANG KAYA RAYA ATAS DASAR SAHAM UNTUK SEMUA GOLONGAN...

Sama macam rumah aku dulu, 1968... rumah ini harganya RM13,777.30... untuk tapak rumah dan rumah papan... berhutang selama hampir 20 tahun, baru selesai bayar...
Harga sebuah banglo kampong yang nilainya sama dengan banglo batu di Petaling Jaya pada tahun 1968, lengkap dengan api dan air bersih... Kami, hanya rumah papan, jalan tanah liat dan batu krekil merah, pelita lampu minyak gas, ditengah hutan yang tiada apa-apa... berkawan dengan binatang buas...
Kita, generasi kedua adalah hamba yang tidak dibayar gaji (Unpaid slave) untuk bantu FELDA sehingga ketahap ini... tapi kenapa kami dianggap "haramajadah "oleh pimpinan rakus yang tak pernah faham erti tanah dan air yang kami pertahankan demi kasihkan negara dan wasiat orang tua.
Kebun kami, kami bayar beransur-ansur, walhal kamilah yang mengusahakannya, hasilnya dimajukan untuk pelaburan Felda dan koperasi kami yang di kenali dunia... namanya KPF yang sekarang nak di jaja kepada yang bukan selayaknya... Bangsa asing yang kaya-raya dengan bantuan orang kuat BN,,, Kami tak rela...
Jalan raya dalam Felda bukan pakai duit Kerajaan pun, tapi duit kami. Pembangunan infra dan selenggaraan, semua pakai duit peneroka... bukan duit kerajaan BN... jadi Kerajaan BN jangan sewenang-wenangnya cuba nak mejahanamkan segala yang kami dan bapa kami telah usahakan sejak 50 tahun yg lalu... Kami tetap pertahankan dengan cara apa sekalipun kerana majoriti 98% kami adalah ORANG MELAYU yang menguasi Tanah Melayu melalui Felda...
Orang Bangsawan dah jadi Pimpinan Hebat.. tapi jangan ganggu kami dengan umpan-umpan yang memperbodohkan kami... Kami ada otak dan berpelajaran hasil usaha susah payah ibu bapa kami.. Izinkan kami yang bangunkan semula FELDA cara terbaik... Bukan penghinaan dan kata nista mahluk yang tak pernah duduk dalam Felda dan terlantik hasil dari politik wang yang datang masa pilihan raya...
FELDA untuk kami, bukan Pimpinan BN, ISA SAMAD @ Ahmad Maslam serta kroni FGVB yang ada agenda licik... cukup kami di buli lagi:
Warga FELDA kita pertahankan hak kita.
Nazari Mokhtar

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913