KUALA LUMPUR:
Pilihan raya sebenarnya bukanlah hak milik parti pemerintah sekalipun
mereka bertanggungjawab mentadbir dan menguruskan kerajaan, kata
Penolong Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Muhammad Ismi Mat
Taib.
Sebaliknya, kata beliau pilihan raya adalah hak rakyat, maka menjadi tanggungjawab setiap pentadbir dan pemimpin dalam negara untuk menghormati dan menguruskan hak rakyat dengan sebaik mungkin.
“Tindakan menyembunyikan tarikh pilihan raya itu sendiri sudah dianggap mencabul prinsip demokrasi, apalagi menjadikan ianya sebagai teka-teki,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Justeru, ujar beliau kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa tarikh pilihan raya dijadikan mainan dan alat untuk menggembirakan hati adalah satu kenyataan yang sangat biadap dan celupar.
“Beliau seharusnya sedar bahawa penangguhan tarikh pilihan raya ini sebenarnya telah menjejaskan aktiviti tahunan rakyat Malaysia,” ujarnya.
Read More / Baca Lagi >>