Tsunami berasal daripada
perkataan Jepun. “Tsu” bermaksud pelabuhan manakala “Nami” pula membawa
maksud gelombang. Jika digabung kedua-dua ayat tersebut akan menjadi
“Gelombang Pelabuhan” atau lebih dikenali sebagai TSUNAMI. Tsunami
diambil daripada perkataan Jepun kerana kali pertama berlaku fenomena
ini adalah terjadi di Jepun.
Tsunami merupakan ombak besar yang
disebabkan oleh kejadian gempa bumi yang terjadi di dasar laut. Tanah
runtuh, ledakan gunung berapi, letupan dan juga hentaman bahan kosmik
seperti meteorit juga boleh menghasilkan tsunami. Ombak ini bergerak
dengan laju beberapa ratus kilometer sejam dan dalam perjalanannya akan
menaikkan dan menurunkan paras air laut.
Hari ini ,26 december 2012 ,genap 8
tahun tragedi tsunami berlaku di Acheh, Indonesia . Antara yang terkena
tempiasnya di beberapa buah negara lain termasuk Malaysia . Tsunami
telah meninggalkan ‘parut’ kekal kepada mereka yg masih hidup sehingga
hari ini.
Yakinlah, sesuatu yang Allah uji itu
,ada hikmahnya. Di Dalam kitab suci Al-Quran juga ada disebut, Allah
akan memberikan suatu bencana pada sesuatu kaum di suatu tempat itu dan
kemudiannya akan digantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Marilah kita
sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka yang terkorban dalam tragedi ini.
Moga roh mereka di sayangi, diredhai dan dirahmati oleh Allah. Amin.
Gambar Peristiwa Tsunami: