BEIRUT 28 Dis. - Seorang maut dan berpuluh-puluh
orang lagi cedera selepas pesawat perang Syria melancarkan serangan di
Damsyik hari ini selepas serangan bom dan pertempuran di seluruh negara
itu malam tadi.
Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria berkata, tentera udara buat pertama kali menyerang kawasan Assal al-Ward di wilayah Kalamun.
''Seorang maut dan berpuluh-puluh orang cedera dalam serangan udara itu
manakala sejumlah rumah turut musnah,'' kata kumpulan pemerhati yang
berpangkalan di Britain itu dalam satu kenyataan.
Kumpulan pemerhati itu berkata, tentera Syria semalam berundur daripada
beberapa kawasan di Kalamun namun serangan udara dijangka terus
dilancarkan ketika mereka cuba merampas kembali kawasan yang dikawal
oleh pemberontak.
Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria juga melaporkan pertempuran di beberapa daerah di ibu negera Syria malam tadi.
Read More / Baca Lagi >>