KUALA LUMPUR - Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, beliau
tidak akan memohon masuk Umno, sebaliknya sedia kembali ke pangkuan
parti itu jika dipelawa.
Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini berkata, bagi beliau untuk menawarkan diri masuk Umno mungkin tidak akan berlaku kerana beliau pernah dipecat, melainkan menerima tawaran menyertai semula parti komponen Barisan Nasional (BN) itu.
"Saya pernah menjadi ketua bahagian selama 11 tahun dan anggota Majlis Teringgi Umno selama enam tahun, saya akui jiwa dan hati masih pada Umno tetapi nisbah nak masuk balik itu bergantung kepada pucuk pimpinan tertinggi.
"Saya tidak akan mohon kerana pernah dipecat, tetapi jika ditawarkan oleh Umno, saya akan menerimanya secara terbuka. Saya tak mahu dikatakan hidung tak mancung pipi tersorong-sorong," katanya ketika diminta mengulas tindakan Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim yang menyertai semula Umno bersama 347 yang lain semalam.