PETALING JAYA, 7 Dis — Sekiranya Barisan Nasional (BN)
kekal memerintah selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang,
PKR menjangkakan rakyat akan membayar tarif elektrik yang lebih tinggi
sehingga kadar 41 peratus dalam tempoh empat tahun akan datang.
Pengerusi Biro Pelaburan dan Perdagangan PKR, Wong Chen
berkata, melalui pelan rasionalisasi subsidi PEMANDU untuk meningkatkan
kadar tarif elektrik setiap enam bulan selama lima tahun, pengguna yang
kini membayar kadar purata sekitar RM0.33 sen /kWj, akan membayar
sehingga kadar mencecah RM0.46 sen /kWj.
“Rakyat akan sengsara dengan kenaikan 41 peratus kadar bil
elektrik bagi tempoh empat tahun seterusnya,” kata Wong, serta menambah
kenaikan pertama tarif elektrik sudah pun dilaksanakan pada Jun tahun
lalu.
Jelas beliau, melalui cadangan Pakatan Rakyat (PR) untuk
menyemak semula kadar pulangan atas pelaburan (ROI) untuk Pembekal Kuasa
Bebas (IPP) pada kadar purata 10 peratus berbanding 19 peratus
sekarang, Tenaga Nasional Berhad (TNB) mampu untuk menjimatkan bayaran
kapasiti sebanyak RM2.6 bilion setahun.
Read More / Baca Lagi >>