Image may be NSFW.
Clik here to view.
Che Wan Razali menyelamatkan ayam kesayangannya daripada terperangkap dalam banjir.Clik here to view.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Wan Jeriah bersama sebahagian anak-anak mangsa banjir yang ditempatkan di Dewan Balok.Clik here to view.

Kebanyakan mangsa dari Kampung Haji Wan Musa kembali ke rumah dua hari lalu selepas berada di pusat pemindahan berikutan kejadian banjir kali pertama yang melanda daerah ini sejak 26 Disember lalu.
Semua mangsa mengambil keputusan kembali ke pusat pemindahan selepas air naik sejak jam 5 pagi dan kawasan tersebut ditenggelami air sedalam kira-kira 1 meter sehingga jam 4 petang semalam.
Air paras dada di laman
Salah seorang mangsa, Wan Jeriah Wan Musa, 54 berkata, hujan yang turun berterusan sejak malam kelmarin menyebabkan kawasan itu dinaiki air.
Menurutnya, air mula naik kira-kira jam 5 pagi dan mula masuk ke dalam rumah sejam kemudian.
“Paras air dalam rumah mencapai paras betis manakala di kawasan halaman sehingga paras dada kira-kira jam 7 pagi tadi (semalam) lalu saya dan anak, Nor Anizawati Yusof, 31 mengambil keputusan untuk berpindah ke sini.