Khalid Atan
KUALA LUMPUR - Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) meminta semua pihak menghentikan sebarang desakan mahupun permintaan mengenai
umur persaraan minimum sektor swasta, sebaliknya, jika perlu, mendapatkan penjelasan dari Kementerian Sumber Manusia. 
 Presidennya, Mohd Khalid Atan berkata, dakwaan beberapa pihak sejak kebelakangan ini bahawa perlakanaan had umur persaraan kepada 60 tahun pada 1 Julai ini sebagai terlalu lambat dan bakal menimbulkan masalah kepada pekerja berusia 55 tahun adalah tidak benar.
"Pihak yang membuat dakwaan itu seharusnya meminta penjelasan dari kementerian dan tidak melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
kerana keputusan itu dibuat selepas perbincangan tiga hala bersama wakil majikan, pekerja dan pelbagai agensi kerajaan berkaitan pada tahun lepas,"
katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.