Ahli perniagaan Deepak Jaikishan berkata beliau tidak tahu menahu
mengenai dokumen yang dikemukakan pengarah strategi PKR Rafizi Ramli
hari ini berhubung dakwaan pembelian barang kemas - didakwa sebahagian
daripada sogokan untuk melicinkan satu urusniaga tanah.
Menurut Deepak lagi, beliau juga tidak pernah menyerahkan apa-apa dokumen sama ada kepada Rafizi mahupun Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung dakwaan pembelian barang kemas tersebut.
"Saya tak pernah beri (Rafizi) apa-apa dokumen. Saya sendiri tidak pernah lihat dokumen yang dikatakan.
"Oleh itu saya bersama peguam akan meneliti tentang perkara ini," katanya pada sidang media di ibu negara petang ini.
Deepak juga berkata beliau dinasihatkan peguam supaya tidak mengulas lanjut mengenai dakwaan bahawa beliau membeli barang kemas tersebut.
Read More / Baca Lagi >>