KUALA
LUMPUR, 2 Jan — Rancangan Deepak Jaikishan untuk melancarkan bukunya
bertajuk “The Black Rose” dibatalkan gara-gara pendedahan Rafizi Ramli
berhubung pembelian barang kemas dari Hong Kong, kata usahawan karpet
itu.
Usahawan itu bagaimanapun turut mengakui bahawa beliau
adalah penulis buku 26 muka surat itu, yang dakwanya kisah sebenar
disebalik akuan bersumpah (SD) kedua penyiasat peribadi P
Balasubramaniam.
“Ya ... Saya ambil masa sehari untuk draf semua benda,” kata Deepak (gambar) ketika sidang media hari ini.
Jelas Deepak, beliau bagaimanapun tidak bercadang untuk
menjual buku tersebut, sebaliknya ia hanya akan dimuat naik ke internet,
dan boleh dimuat turutn secara percuma.
“Saya tidak mengejar keuntunga, saya menceritakan perkara yang benar,” katanya.
“Saya akan letak ‘bebas hak cipta’ ... Kalau nak cetak, silakan.”
Beliau bagaimanapun mengakui terdapat beberapa keping buku
itu yang tersebut yang telah siap dicetak yang hanya akan diedarkan
kepada rakan dan sahabat handai terdekat.