DI SEBALIK hiruk pikuk raptai
sempena sambutan Hari Natal dan Tahun Baru 2013 peringkat nasional di
Dataran Merdeka, di belakang sebuah pentas dan khemah gergasi, di bawah
limpahan cahaya gemerlapan pohon palma yang dihiasi LED kebiruan, satu
ceruk pinggir dataran itu ada sekelompok 27 orang anak muda yang tekad
menahan lapar demi membebaskan buminya daripada pencemaran.
Kumpulan yang dinamakan “Anak Muda Menentang Projek Memudaratkan Alam Sekitar” sedang mogok lapar 100 jam sehingga jam 12 tengah malam esok, 1 Januari 2013.
Mogok lapar, seperti Ghandi demi kemerdekaan India, seperti Orlando Zapata yang berlapar di penjara Cuba sehinnga hujung nyawanya, Fadzlullah dan Razali berlapar ketika ditahan ISA demi kebebasan. Namun, tindakan mereka tidak dipeduli kerajaan
Ini membuktikan kerajaan BN terlalu angkuh untuk belajar daripada pencemaran radioaktif yang berlaku di Papan, Perak dan tidak lama lagi bumi Kuantan pula akan dinobat gelaran ‘bandar radioaktif’.
Ketika penduduk Bukit Koman menjadi mangsa santau angin Sianida, kerajaan pula bersikap ‘tuli’, enggan mendengar segala teguran, rayuan dan tuntutan rakyat, apa lagi permintaan penduduk setempat untuk dibela dan diselamatkan.
Atau mungkin, kerajaan punya strategi. Mahu harga tanah di kawasan itu jatuh dan penduduk mula berpindah kemudian membangunkan bandar baru dengan segala insentif dan jaminan kepada pelabur dan pemaju. Siapa tahu, apapun spekulasi yang timbul, masyarakat cuma akan bangkit apabila masalah menghempap batang hidung. Ini lebih cocok dengan budaya rakyat Malaysia mungkin?
Mengharap ehsan kerajaan: hentikan Lynas