KUALA LUMPUR:
Para pimpinan PAS mengucapkan takziah kepada Jamiat Islami Pakistan di
atas kematian pemimpin ulung mereka, Sheikh Qazi Hussein Ahmed (gambar).
Qazi meninggal dunia hari ini akibat sakit jantung.
Qazi adalah bekas Amir Jamiat Islami dan mempunyai hubungan yang rapat dengan pimpinan PAS khasnya Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden PAS.
Beliau pernah datang ke Malaysia beberapa kali sebagai tetamu PAS dan berjanji akan datang lagi ke Malaysia selepas tidak dapat menyertai muktamar PAS yang lalu di Kota Bharu.
Presiden PAS telah mengarahkan semua pimpinan dan ahli menunaikan solat ghaib untuk Allahyarham.
Beliau sendiri telah menghubungi pimpinan Jamiat untuk mengucapkan takziah atas pemergian Almarhum.
Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS, Datuk Kamarudin Jaffar bersama Dr Syed Azman dan Khalil Abdul Hadi bertemu Allahyarham di Islamabad dua bulan lalu.
Read More / Baca Lagi >>