TANJUNG MALIM - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin
Yassin mengingatkan rakyat supaya tidak terpedaya dengan tohmahan
pembangkang bahawa kerajaaan Barisan Nasional (BN) gagal membela nasib
rakyat.
Katanya, kemakmuran dan keamanan negara membuktikan kerajaan BN berada di landasan yang betul untuk terus menerajui negara.
"Semua telah elok, tersusun dan terancang, mempunyai ekonomi yang baik, tiada pergaduhan, kenapa nak sokong pembangkang?," katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Rakyat 1Malaysia di padang Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini, malam tadi.
Beliau berkata, banyak yang telah dilaksanakan oleh kerajaan bagi membantu menangani masalah kos hidup rakyat.
Katanya antara yang telah dilakukan ialah pemberian subsidi yang besar untuk barang-barang keperluan, kawalan harga barang, bantuan sara hidup dan bantuan persekolahan.
Muhyiddin berkata, bagi menentukan pendapatan rakyat tidak terjejas dengan kenaikan harga barang, kerajaan turut memberi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).