SHAH ALAM – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mencabar Majlis
Fatwa Kebangsaan mengeluarkan surat rasmi mengenai isu Amanat Haji Hadi
yang didakwa bercanggah dengan Islam.
Menurutnya, sejak 31 tahun lalu, beliau langsung tidak pernah menerima apa-apa surat atau dipanggil untuk memberi keterangan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan.
“Saya tidak pernah menerima surat dari Majlis Fatwa Kebangsaan. Saya cabar Majlis Fatwa hantar surat kepada saya. Majlis Fatwa tidak pernah panggil saya.
“Surat rasmi pun tidak ada, atas angin sahaja. Bukan boleh atas angin begitu, bukan ‘meniaga’ ni dan kalau berniaga pun tidak boleh atas angin. Ini soal agama,” katanya dalam laman sosial Facebook hari ini.
Katanya lagi, ‘amanat’ itu merupakan satu petikan daripada ucapan beliau yang dibuat di Banggol Peradong, Terengganu, 31 tahun yang lalu.
Read More / Baca Lagi >>