Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Amanat Hj Hadi: Apa Kaitanya dengan Mufti dan Jakim?

$
0
0
Oleh : Tok Janggut
Setelah berbagai agensi kerajaan digunakan selama ini untuk menjadi alat UMNO bila berdepan dengan pembangkang yang secara jelas menunjukan UMNO sebenarnya tidak punya keupayaan, keberanian dan keupayaan sendiri untuk berdepan dengan pembangkang secara anak jantan dan secara sendirian.

Tidak seperti PAS yang sebelum ini sanggup bersendirian berdepan dengan UMNO dan lebih 10 gabungan parti dalam BN. Inilah sebenarnya anak jantan, bukan pondan. Satu (PAS) lawan 13 atau 14 parti (BN). Itu pun UMNO kecut perut dan kerahkan agensi kerajaan sebagai tambahan untuk berdepan dengan PAS ketika itu.


Kini dua agensi terakhir digunakan yang dimana kedua-dua agensi ini iaitu Jakim dan Mufti tidak ada kaitan langsung dengan isu Amanat Hj Hadi yang dikatakan mengkafirkan UMNO itu.  Ini isu antara PAS dan UMNO, mengapa pula Jakim dan Mufti diheret sama untuk  mempertahankan UMNO?  Dimana ulama, ustaz dan ustazah yang ada jawatan tinggi dalam UMNO?  Sepatutnya merekalah yang seharusnya  berdepan dengan Haji Hadi dalam isu ini.  Bukankah selama ini ustaz dan ustazah UMNO seperti Jamil Khir, Dr Masyitah yang bertaraf Menteri dan Timbalan Menteri UMNO yang menjaga hal ehwal agama yang sering mengkritik PAS dan memperlecehkan usaha PAS untuk melaksanakan syariat inilah yang sepatutnya di arahkan oleh kepimpinan UMNO untuk berdepan dengan Haji Hadi dalam isu ini.  Adakah mereka takut atau tidak mempunyai kemampuan untuk berhujah dengan Hj Hadi secara berdepan? Rakyat hendak tengok juga kehebatan kedua-dua orang Menteri Agama dan Timbalanya memtahkan hujah Hj Hadi nanti sebab selama ini kita sering dengar mereka berdua ini baik melalui TV atau akhbar, bukan main lantang sekali mengkritik PAS dari belakang.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913