KUALA LUMPUR, 7 Jan — Pengerusi Eksekutif National Feedlot
Corporation Sdn Bhd (NFC) Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, yang
menghadapi dua tuduhan pecah amanah berjumlah RM49.7 juta, hari ini
memfailkan permohonan untuk menggugurkan pertuduhan tersebut.
Permohonan itu difailkan melalui peguamnya Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen S.M Komathy Suppiah di dalam kamar.
Mahkamah menetapkan 8 Feb ini untuk sebutan kes. Ketika ditemui pemberita, Timbalan Pendakwa Raya Awang Armadajaya Awang Mahmud memaklumkan pihak pembelaan telah memfailkan permohonan untuk menggugurkan dua pertuduhan pecah amanah yang dihadapi Mohamad Salleh.
Awang Armadajaya memberitahu pihaknya diberi tempoh tiga minggu untuk mengemukakan afidavit jawapan berhubung permohonan tersebut (pengguguran pertuduhan).
Kes itu dijadual dibicarakan pada 21 Jan ini, ditangguhkan sehingga kes permohonan tersebut didengar. Pada 12 Mac tahun lepas, Mohamad Salleh, 64, selaku pengarah syarikat NFCorp, didakwa melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan wang RM9,758,140 melalui empat keping cek untuk membiayai sebahagian pembelian dua unit kondominium “One Menerung” di Parcel BI-1 dan B1-2, Blok B di atas geran nombor 65152, lot no.56454 di Mukim Kuala Lumpur.
Read More / Baca Lagi >>