KUANTAN 7 Jan: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak mahu
bertanggunjawab ekoran banjir kilat di Kuantan, Pahang, bulan lalu
meskipun itu negeri kelahirannya.
Ini berikutan kenyataan beliau “jangan menyalahkan kerajaan apabila berlaku sesuatu musibah atau bencana alam seperti banjir”.
Sebaliknya Ahli Parlimen Pekan itu meletakkan punca banjir disebabkan pemanasan global.
Ahli Jawatankuasa Majlis Pimpinan KEADILAN Pahang, Lee Chean Chung berkata, ia penipuan besar kerajaan dan usaha pemimpin Umno BN untuk mengelirukan rakyat daripada perkara sebenar.
“Pemanasan global isu yang dihadapi seluruh dunia. Selama ini, pelbagai usaha diambil untuk mengatasi kesan-kesannya.
“Apa pula kaitan pemanasan global? Ini hanya alasan kerajaan terhadap reaksi pihak berkuasa yang lambat bertindak dalam bencana banjir,” katanya kepada Keadilan Daily.
“Pada 2003, hujan lebat mencecah 400 mililiter (ml) pernah melanda bandar Kuantan menyebabkan banjir.
“Jika benar banjir kilat kali ini bencana alam, mengapa keadaan banjir dengan hujan yang lebih lebat pada 2003 itu tidak seteruk kali ini? Apakah yang cuba disembunyikan?” tegasnya menangkis tuduhan Najib menyatakan banjir kilat pada 24 Disember lalu disebabkan hujan lebat luar biasa sejumlah 300 ml dalam tempoh 18 jam.
Read More / Baca Lagi >>