Beberapa
ketika yang lalu gambar Ustazah UMNO Dr. Mashitah Ibrahim yang arif
tentang hukum Islam sedang mencium tangan Pak Lah telah tersebar dilaman
Blog, FaceBook dan juga Twitter.
Beliau
bersalam dan mencium tangan Tun Abdullah Badawi bekas Perdana Menteri
Malaysia sambil diperhatikan oleh Menteri Agama, Jamil Khir yang
tersengeh-sengeh.
Ramai
yang mempersoalkan tindakannya itu, ini kerana sebagai seorang Ustazah
beliau sewajarnya lebih arif tentang apa yang dihalalkan dan apa juga
yang diharamkan dalam Islam.
Sedangkan Pak Lah adalah lelaki yang bukan mahramnya..