Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Merdeka Center: Populariti Najib jatuh dua peratus

$
0
0
Tinjauan bebas Merdeka Centre mendapati bahawa populariti Najib jatuh dua peratus.
KUALA LUMPUR, 10 Jan — Menjelang pilihan raya umum (PRU) ke 13 yang akan berlangsung tahun ini, kajian terbaru pusat tinjauan bebas Merdeka Center mendapati populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak jatuh dua peratus menjadi 63 peratus berbanding 65 peratus dalam kajian November lalu. Kajian yang dijalankan dari 15 hingga 28 Disember tahun lalu menyaksikan sentimen pengundi Cina menurun menjadi 34 peratus walaupun penerimaan pengundi Cina dan India kekal di tahap 77 peratus dan 76 peratus.
Menurut Merdeka Center, tinjauan dijalankan dengan menggunakan panggilan telefon dengan sampel melibatkan 1,018 pengundi berdaftar.
Pusat tinjauan itu memberitahu 59 peratus Melayu, 32 peratus Cina dan 9 peratus India yang dipilih berdasarkan jantina, etnik dan negeri sebagai responden dalam sampel tersebut.
Kajian dijalankan selepas Perhimpunan Agung Tahunan Umno 2012 dan tatkala isu Deepak Jaikishan, Tan Sri Musa Hassan, Amanat Haji Hadi dan penggunaan kalimah Allah bagi bukan Islam hangat diperkatakan.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913