Chegu Bard berkata beliau menjangkakan lebih 50, 000 peserta akan memenuhi padang Kelab Sultan Sulaiman.
Program tersebut dianjurkan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan kerjasama Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).
“Rapat mengira detik ini juga akan menjadi lapang sambutan bagi peserta himpunan yang datang dari luar Kuala Lumpur yang dijangka sampai awal,” kata Ketua Penyelaras SAMM, Badrul Hisham Shahrim.
Selain ucapan pimpinan yang mengetuai himpunan, akan ditampilkan suri rumah, pekerja kilang, pemandu teksi, pesawah dan petani, pekerja swasta, mahasiswa, penganggur, profesional muda dan lain-lain menyuarakan masalah mereka.
Katanya, ini akan menjadikan rapat memuncak mengira detik #KL112 ini benar – benar pentas rakyat yang memulakan mood pesta tuntutan rakyat.
“Paling penting, pentas ini akan memberikan pengarahan terakhir agar majoriti peserta himpunan memahami pengarahan untuk esoknya dan menjamin kelicinan dan kejayaan himpunan.
“Segala pedoman dan pengarahan gerakan pada 12 Januari akan diumumkan oleh badan induk perhimpunan. Pedoman ini penting bukan sahaja untuk memastikan rakyat yang berhimpun maklum dengan arahan mengharungi 12 Januari, malah pedoman ini juga memberi gambaran kepada pihak polis supaya tidak panik dan termakan provokasi atau arahan pihak atasan yang tidak bertanggungjawab,” katanya lagi.
Read More / Baca Lagi >>