BANGI:
Tanah 200 ekar di Bukit Raja yang diberikan oleh Kerajaan Negeri
Selangor kepada Kerajaan Persekutuan adalah untuk kepentingan awam,
iaitu membina kem tentera, dan bukan tujuan komersial.
Oleh itu, Kerajaan Negeri tetap dengan pendirian bahawa sebarang pembangunan komersial di tanah tersebut tidak akan diluluskan.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Negeri mengambil tanah tersebut daripada pemilik estet untuk diberi kepada Kerajaan Persekutuan bagi kegunaan awam.
“Surat pengambilan tanah ini adalah untuk kegunaan awam. Dalam surat itu kita sebut tentang penggunaannya.
“Jadi apabila kita beli tanah daripada tuan tanah, ia dijual mengikut kegunaan awam.
“Tetapi apabila ia ingin digunakan bagi tujuan komersial, tanggungjawab Kerajaan Negeri adalah berbeza,” kata MB Selangor sebagaimana dilaporkan dalam media rasmi kerajaan negeri, Selangorkini.
Sebelum ini, Kerajaan Negeri memutuskan tidak membenarkan sebarang pembangunan komersial di atas tanah tersebut yang diambil pada tahun 1980-an untuk pembinaan kem tentera 8 Briged.
Read More / Baca Lagi >>