Beliau berkata, kalimah ALLAH tidak boleh diterjemah kepada tuhan kerana pengertian tuhan itu terlalu umum.
"Untuk orang Islam kita terjemah Allah dalam bahasa Melayu, ALLAH juga, orang Pakistan (yang) guna bahasa Urdu, ALLAH juga, (dan) orang putih (Inggeris yang) masuk Islam, (adakah) dia terjemah God atau Lord?... tak, ALLAH juga. Perkataan ALLAH diterjemah (kepada) bahasa lain tak boleh, bagaimana (pula) perkataan God (hendak) diterjemah kepada ALLAH.
"Perkataan tuhan tak boleh terjemah kepada ALLAH. Sebab itu ALLAH juga (digunakan) dalam bahasa Urdu, Parsi, Inggeris. Bagi orang Islam, God kita terjemah tuhan. Tuhan itu suatu yang umum... tapi ALLAH dia khusus, tapi orang kafir guna juga Allah pada zaman nabi dulu," katanya semasa melancarkan buku 'Amanat Haji Hadi-Antara Fitnah dan Fakta' yang dicetak semula, di Masjid Rusila di sini hari ini.