Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

HKR #KL112: Suhakam gesa polis hormati hak berhimpun

$
0
0
KUALA LUMPUR 11 Jan: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) meminta polis agar menghormati hak berhimpun sepertimana dijanjikan kerajaan dan digariskan masyarakat antarabangsa.
Pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasmu Agam berkata, pihak berkuasa juga perlu mematuhi norma-norma hak asasi ke arah memperbaiki keadaan hak asasi manusia di negara ini.
“Suruhanjaya berharap agar pihak polis menjalankan tugas mereka secara profesional dan mencontohi amalan terbaik polis di negara lain dan terus menambahbaik kelemahan daripada pengalaman terdahulu.
“Pada masa sama, Suruhanjaya juga menyeru agar penganjur dan peserta mematuhi tanggungjawab masing-masing ke arah mempromosi satu perhimpunan yang aman,” ujarnya dalam kenyataan media.
Beliau berkata, Suhakam mengalu-alukan kesediaan pihak polis memudahcara Himpunan Kebangkitan Rakyat yang diadakan esok, seperti diumumkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.
“Suruhanjaya turut menyambut baik dialog yang diadakan di antara pihak polis dan penganjur Himpunan bagi memastikan hak untuk berhimpundilaksanakan sepenuhya dalam perhimpunan yang akan berlangsung ini,” ujarnya.
Suhakam juga, katanya, mengalu-alukan jaminan Ketua Polis Negara dalam memastikan pegawai polis memaparkan nama dan nombor badan semasa mengawasi himpunan berkenaan.
“Suhakam berharap agar wakil media yang tidak memilik tag pengenalan khas polis turut mendapat perlindungan dan pengiktirafan yang sama semasa menjalankan tugas rasmi mereka,” katanya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913